Tuesday 29 September 2015

BIODATA AHLI




BIODATA AHLI

1.SYAT



NAMA : NURSYATIRAH BINTI WAHAB
TARIKH LAHIR : 14/05/1997
TEMPAT ASAL : TAIPING , PERAK
NO MATRIK :  16DEE15F1037
KETURUNAN : MELAYU
AGAMA : ISLAM
 MOTO HIDUP : SENTIASA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

2.THANES


NAMA : THANES A/L MANOGARAN
TARIKH LAHIR : 31/5/1997
TEMPAT ASAL : SIMPANG AMPAT , PUALU PINANG
NO MATRIK  :  16DEE15F1011
KETURUNAN : INDIA
AGAMA : HINDU
  MOTO HIDUP : TIDAK AKAN PERNAH BERPUTUS ASA WALAUPUN JATUH.


3.POH


NAMA : POH WEI XIN
TARIKH LAHIR : 14/6/1997
TEMPAT ASAL : ALOR SETAR , KEDAH
NO MATRIK  :  16DEE15FI013
KETURUNAN : CINA
AGAMA BUDDHA
MOTO HIDUP : PENGETAHUAN ADALAH KEKUATAN


4.QIN


NAMA : NUR ASHIQIN BINTI RAMLI
TARIKH LAHIR : 24/7/1997
TEMPAT ASAL : BALING , KEDAH
NAMA : 16DEE15F1001
KETURUNAN : MELAYU
AGAMA : ISLAM
MOTO HIDUP : KEGAGALAN HANYA TERJADI APABILA KITA MENYERAH


5.HANIM


NAMA :NUR HANIM BINTI AHMAD
TARIKH LAHIR : 1/9/1997
TEMPAT ASAL : KUALA NERANG , KEDAH
NO MATRIK  :  16DEE15F1039
KETURUNAN : MELAYU
AGAMA : ISLAM
   MOTO HIDUP : BIAR JAUH MERANTAU ASALKAN PULANG BERSAMA KEJAYAAN


6.ALIAH



NAMA : NUR ALIAH BINTI TAUFIK
TARIKH LAHIR : 16/11/1997
TEMPAT ASAL : IPOH , PERAK
NO MATRIK  :  16DEE15F1015
KETURUNAN : MELAYU
AGAMA : ISLAM
MOTO HIDUP : MANUSIA TIDAK MERANCANG UNTUK GAGAL TETAPI GAGAL UNTUK MERANCANG


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMUDAHKAN KEJAYAAN JEPUN MENJAJAH TANAH MELAYU

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMUDAHKAN KEJAYAAN JEPUN MENJAJAH TANAH MELAYU


Infobox collage for WWII.PNG


1.Perang Dunia Kedua ( 1 september 1939 - 2 september 1945)


- Perang Dunia Kedua yang meletus di Eropah menjadi pemangkin utama kepada kejayaan pihak Jepun tersebut. 

-Pihak British bukan tidak menyedari kemungkinan bahawa pihak Jepun akan menyerang Tanah Melayu tetapi lebih menumpukan perhatian kepada peperangan yang meletus di Eropah lebih mendesak.  
-Pihak Britain yang mempunyai tanah jajahan di Afrika dan Asia telah diminta untuk membantu Rusia, Perancis dan Belanda apabila keadaan semakin terdesak dan membuka peluang kepada Jepun.
-Pertahanan di Timur telah diserahkan kepada Amerika Syarikat yang berpengkalan di Pearl Habour, Hawaii. Kesan daripada pengeboman Jepun di Pearl Habour telah melumpuhkan terus pertahanan di Timur.

  2. Sikap Pihak Barat (British)
 -Pihak British cukup yakin dengan kemampuan tentera laut dan udara mereka yang dianggap bahawa ianya boleh menandingi kekuatan tentera Jepun dengan mudah.
-Pihak British juga cukup yakin dengan adanya kedua-dua kapal perang Mereka iaitu kapal Prince of Wales dan Repulse.
-Pihak Jepun dengan mudah menenggelamkan kapal-kapal tersebut dan  telah mengaibkan British yang terkenal sebagai kuasa laut pada Perang Dunia Pertama.


 3.Persediaan dan Perancangan Jepun
-Perancangan Jepun yang teratur juga menjadi pemangkin kepada kejayaan ini. 
-Jepun juga menghantar orang Jepun sendiri ke Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menjalankan pengintipan. 
-Jepun menyamar dengan menjalankan pekerjaan seperti membuka kedai tukang gambar, kedai ikan peliharaan dan kedai gula-gula. 
-Mereka mengambil gambar bangunan, jalan raya, jambatan, mengkaji sungai-sungai dan jalan di dalam hutan dengan alasan untuk mencari ikan untuk jualan. 
-Semua maklumat ini digunakan oleh tentera Jepun untuk mengetahui kedudukan pertahanan Tanah Melayu sebelum memulakan serangan. 
-Penubuhan unit Perisikan Khas berjaya mendapatkan maklumat kekuatan tentera Britsh di Tanah Melayu dan memudahkan pihak Jepun untuk merancang strategi.

 4.Penyebaran Dakyah anti-British
 -Jepun juga melalui Doro Nawa telah berjaya menyebarkan dakyah anti-British dalam kalangan askar-askar India yang berkhidmat dengan pasukan British di Tanah Melayu untuk meninggalkan perkhidmatan mereka.
-Ibrahim Hj Yaakob-
-Jepun telah berjaya menarik orang India yang berkhidmat dengan  British untuk bekerjasama dengan Jepun buktinya pasukan yang dikenali sebagai Indian National Army (INA) telah membantu Jepun.
-Jepun berjanji untuk membebaskan India daripada penjajahan British.
-Pihak Jepun juga berjaya mempengaruhi penduduk tempatan seperti golongan nasionalis radikal daripada Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawa pimpinan Ibrahim Hj. Yaakob.
- Hal ini memudahkan penguasan Jepun di Tanah Melayu berjalan dengan lancar.


 5. Kelengkapan Senjata Perang Jepun
 -Tentera Jepun telah memperkuatkan serangannya dari segi laut, udara dan darat.  
-Angkatan udara Jepun telah mengambil kira jarak dan sasaran, dari pengkalan-pengkalan baru mereka di Indo-China seterusnya telah menggunakan kapal terbang pejuang yang dianggap lebih moden daripada pihak British.
-Bantuan perlindungan rapat kepada pesawat-pesawat pengangkut dan logistik.
-Dibantu dengan tembakan meriam daripada kapal-kapal pemusnah Jepun yang berlabuh dekat pantai untuk melemahkan pertahanan utama British di sekitar landasan kapal terbang Pengkalan Chepa.
-Kekuatan tentera Jepun diperkuat sepenuhnya dengan persenjataan, kelengkapan, bekalan peluru, makanan dan ubat-ubatan.

 6.Kelemahan Tentera British
 -Kelemahan tentera British dan kekurangan kelengkapan senjata perang juga menjadi faktor kekalahan British di tangan Jepun.
-Pasukan tentera British yang dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura kurang terlatih dan  tiada berpengalaman.
-Mereka juga bukan berasal dari kalangan satu bangsa atau terdiri daripada orang tempatan oleh itu mereka tidak mempunyai semangat cintakan tanah air.
-Kelewatan tentera bantuan dari London dan India juga merumitkan lagi keadaan kerana British mengalami masalah kewangan.
-Kekurangan kelengkapan senjata perang juga memudahkan Jepun untuk menewaskan British.


7.Kekurangan kelengkapan senjata.
 -Pihak British hanya bergantung kepada dua buah kapal perangnya iaitu kapal Prince of Wales dan Repulse untuk menjaga perairan  Tanah Melayu.
-Kapal Perang Prince Of Wales-
- Pengkalan laut di Singapura hanya disiapkan pada tahun 1938 dan tidak digunakan sepenuhnya kerana tidak ada kapal laut yang dihantar oleh kerajaan British.
- Pihak Jepun telah berjaya menenggelamkan kedua-dua kapal tersebut, tentera Jepun mengusai sepenuhnya kawalan sekitar perairan Tanah Melayu.                                 
-Ruang udara Tanah Melayu dikawal oleh beberapa ratus pesawat udara sahaja dan tidak begitu baik jika dibandingkan dengan kemampuan kapal terbang Jepun.
- Kekuatan pertahanan British juga hanya bergantung kepada tiga pasukan tentera iaitu Pasukan ke-8, Pasukan ke-9  (Australia) dan Pasukan ke-11 (India) dengan jumlah tentera seramai 89 000 orang berbanding dengan tentera Jepun seramai 150 000 orang.

 8.Strategi Peperangan Yang Tidak Dijangka.

 -Pihak British juga kalah di tangan Jepun disebabkan mereka kurang bersedia. Pihak British menyangka Jepun akan  memulakan serangan dari arah selatan  (Singapura) kerana pusat pentadbiran British terletak di situ.

-Sebaliknya, Jepun memulakan serangan dari arah utara (Kelantan) dan menakluk negeri-negeri Melayu satu demi satu.

- Semua meriam dan senapang British telah dihalakan ke laut.

- Kemaraan Jepun dari utara sememangnya di luar jangkaan British.





 9. Semangat Juang yang Tinggi

 - Moral dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan tentera Jepun.
-Pihak Jepun bukan sahaja memiliki kekuatan dari segi bilangan tetapi mereka sangat terlatih dan mempunyai semangat juang dan disiplin yang tinggi.

  -Tentera Jepun semasa di Tanah Melayu-

PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU

PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Jepun memerintah Tanah Melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan matlamat utamanya:

Memulihkan keadaan awam

Jepun ingin memulihkan keadaan masyarakat tempatan yang didakwanya sebelum ini huru-hara atau tidak aman ekonomi penentangan terhadap pemerintah Barat.

Mereka ingin mewujudkan pemerintahan 'Asia untuk Orang Asia'.

Memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu

Jepun ingin menggunakan hasil ekonomi untuk:

membantu masalah ekonomi yang sedang melanda Jepun pada waktu itu
menanggung pembiayaan tentera-tenteranya di Tanah Melayu dan jajahan yang lain.

Pembiayaan adalah dalam bentuk senjata,makanan dan kemudahan ketenteraan.

Antara corak pentadbiran ketenteraan Jepun di Tanah Melayu adalah seperti berikut:

1.Pentadbiran Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru bertanggungjawab kepada Ketua Agung Tentera(Pengarah Agung),kawasan ketujuh di Singapura.

2.Setiap negeri pula diketuai oleh seorang Gabenor Jepun atau Syuchokan yang dibantu oleh Majlis Wilayah(Penasihat) yang kecil orang Melayu turut menganggotai majlis ini,manakala sebilangan besar dianggotai oleh tentera Jepun sendiri.

3.Singapura yang dikenali sebagai Syonan ditadbir bersama dengan Malai Baru dan Sumatera.

4.Negeri-negeri Melayu Utara yang terdiri daripada Kelantan,Terangganu,Perlis dan Kedah diserahkan kepada Negara Thai pada bulan Ogos 1943

KESAN-KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU


KESAN-KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

1. Kesan Ekonomi Pendudukan Jepun

-Matlamat Jepun untuk menguasai Tanah Melayu ialah untuk mengesploitasi bahan-bahan mentah dan meluaskan pasaran.Hasrat ini tidak tercapai kerana perang yang berlarutan dan terpaksa menghadapi sekatan ekonomi Barat.

-Jalan perhubungan darat banyak yang musnah kerana semasa British berundur, mereka mengamalkan dasar bumi hangus. Banyak lombong dan peralatan dimusnahkan. Semasa pendudukan Jepun, Tanah Melayu menghadapi tekanan ekonomi.Inflasi meningkat kerana Jepun mencetak wang tanpa kawalan. 65 juta wang diedarkan dalam masa dua bulan dan 285 juta wang kertas diedarkan sehingga Februari 1943.

-Jepun juga cuba memonopoli ekonomi Tanah Melayu. Permit-permit perniagaan dikeluarkan oleh pentadbiran tentera bagi memastikan syarikat-syarikat Jepun diberi layanan istimewa.


2. Kesan Sosial Pendudukan Jepun


-Kesihatan rakyat Tanah Melayu terjejas akibat terdedah kepada pelbagai penyakit dan pemakanan yang tidak sempurna.

-Mereka mudah dijangkiti penyakit seperti beri-beri dan bengkak kerana terlalu banyak makan ubi kayu dan kurang makan daging. Jumlah kematian meningkat secara mendadak. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila bekalan ubatan tidak lagi dihantar ke klinik-klinik tetapi digunakan untuk keperluan Jepun.

-Jepun juga menutup kelas Inggeris dan memberi tumpuan kepada pembelajaran bahasa Jepun.

-Lagu kebangsaan Jepun iaitu KIMIGAYO telah diajar kepada murid-murid sekolah. Jepun juga memperkenalakan penggunaan bahasa Jepun ( NIPPON-GO ) bagi menggantikan Bahasa Inggeris.

-Contohnya ENCIK ALI ~ ALI SAN




3. Kesan Politik Pendudukan Jepun. 

-Jepun tidak lagi menggalakkan perkembangan nasionalisme kerana ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahannya.

-Parti politik seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) terpaksa dibubarkan.

-Nasionalis Melayu digalakkan menubuhkan KRIS atau Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung atau Kekuatan Rakyat Istimewa.

-Pendudukan Jepun juga telah memberikan pengalaman dan peluang dalam bidang pentadbiran terhadap orang-orang Melayu.









TANAH MELAYU SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN

                Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun
·            Keganasan 14 Hari


·             Jepun  meninggalkan Tanah Melayu  selepas  kalah

·            Berlaku “kekosongan Politik” kerana tiada kuasa yang memerintah

·            Kekosongan politik – suatu masa atau keadaan sesebuah negara atau negeri yang tidak mempunyai sebuah kerajaan atau pemerintah

·            PKM  mengambil  kesempatan untuk menguasai keadaan Tanah Melayu·            Tanah Melayu dikuasai oleh cawangan tentera PKM iaitu Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)  selama 14 hari


·            Tentera MPAJA dikenalisebagai “BintangTiga”

·            MPAJA  telah menguasai – bandar, daerah-daerah penting, balai polis &pejabat pentadbiran kerajaan

·            MPAJA  juga menjalankan;

·   Undang-undang  sendiri seperti – menghukum sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun

·   Mengenakan cukai kepala, cukai harta & cukai tanah








·            Antara  keganasan MPAJA;

·   Menculik & menyeksa sesiapa yang dianggap  bersubahat dengan Jepun

·   Menghukum  penduduk  yang  menganiayai orang Cina

·   Merampas harta benda orang  kampung

·   Membunuh  sesiapa  yang dianggap  bersalah



·            Contoh keganasan;

·   Di Batu Pahat – PKM  membunuh seorang penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun

·   Pegawai  Daerah yang cuba berunding   juga  dibunuh

·   Di Jelebu, Negeri Sembilan – PKM  mencemarkan masjid & surau

·   Di Kampung Bakor & Sungai Manik, Perak – PKM  membakar rumah-rumah yang berpenghuni di waktu malam






·            Kesan keganasan;

·   Berlaku  ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota  PKM  orang  Cina

·   Penduduk  Melayu bangkit  menentang  PKM

·   Berlaku huru-hara  di  bebarapa tempat di  Semenanjung  Tanah Melayu

·   Contoh – di Batu Pahat & Muar – orang Melayu  pimpinan  Kiai Salleh Karim bergabung  tenaga menyerang  orang Cina di bandar Batu Pahat

·            Berjaya dihalang oleh  Pegawai Daerah Batu Pahat, Dato’ Onn Jaafar


   



·         Darurat berlaku di Tanah Melayu ,iaitu antara 1948-1960


-PKM cuba mengambil alih kuasa di Tanah Melayu secara keras

-PKM membunuh anggota tentera, polis dan orang ramai

-Di bawah UNDANG-UNDANG DARURAT, kerajaan berkuasa mengharamkan parti-parti radikal, menangkap tanpa bicara, dan  membuang negeri .

-bilangan anggota tentera dan polis ditambah


          -Sir Gerald Templer memperkenalkan kawasan hitam dan kawasan putih

            -Kerajaan British memperkenalkan system kad pengenalan untuk membezakan mereka dengan pengganas



  






         

            -Harold Briggs dilantik sebagai Pengarah Gerakan menentang komunis pada tahun 1950
                   
-Di bawah Rancangan Briggs, Kampung Baru diperkenalkan

-Kampung Baru dipagarkan sekeliling dan disediakan kemudahan





-Langkah- langkah dilaksanakan oleh British Berjaya melemahkan PKM


-Darurat diistiharkan tamat pada 31 Julai 1960