Tuesday 29 September 2015

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMUDAHKAN KEJAYAAN JEPUN MENJAJAH TANAH MELAYU

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMUDAHKAN KEJAYAAN JEPUN MENJAJAH TANAH MELAYU


Infobox collage for WWII.PNG


1.Perang Dunia Kedua ( 1 september 1939 - 2 september 1945)


- Perang Dunia Kedua yang meletus di Eropah menjadi pemangkin utama kepada kejayaan pihak Jepun tersebut. 

-Pihak British bukan tidak menyedari kemungkinan bahawa pihak Jepun akan menyerang Tanah Melayu tetapi lebih menumpukan perhatian kepada peperangan yang meletus di Eropah lebih mendesak.  
-Pihak Britain yang mempunyai tanah jajahan di Afrika dan Asia telah diminta untuk membantu Rusia, Perancis dan Belanda apabila keadaan semakin terdesak dan membuka peluang kepada Jepun.
-Pertahanan di Timur telah diserahkan kepada Amerika Syarikat yang berpengkalan di Pearl Habour, Hawaii. Kesan daripada pengeboman Jepun di Pearl Habour telah melumpuhkan terus pertahanan di Timur.

  2. Sikap Pihak Barat (British)
 -Pihak British cukup yakin dengan kemampuan tentera laut dan udara mereka yang dianggap bahawa ianya boleh menandingi kekuatan tentera Jepun dengan mudah.
-Pihak British juga cukup yakin dengan adanya kedua-dua kapal perang Mereka iaitu kapal Prince of Wales dan Repulse.
-Pihak Jepun dengan mudah menenggelamkan kapal-kapal tersebut dan  telah mengaibkan British yang terkenal sebagai kuasa laut pada Perang Dunia Pertama.


 3.Persediaan dan Perancangan Jepun
-Perancangan Jepun yang teratur juga menjadi pemangkin kepada kejayaan ini. 
-Jepun juga menghantar orang Jepun sendiri ke Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menjalankan pengintipan. 
-Jepun menyamar dengan menjalankan pekerjaan seperti membuka kedai tukang gambar, kedai ikan peliharaan dan kedai gula-gula. 
-Mereka mengambil gambar bangunan, jalan raya, jambatan, mengkaji sungai-sungai dan jalan di dalam hutan dengan alasan untuk mencari ikan untuk jualan. 
-Semua maklumat ini digunakan oleh tentera Jepun untuk mengetahui kedudukan pertahanan Tanah Melayu sebelum memulakan serangan. 
-Penubuhan unit Perisikan Khas berjaya mendapatkan maklumat kekuatan tentera Britsh di Tanah Melayu dan memudahkan pihak Jepun untuk merancang strategi.

 4.Penyebaran Dakyah anti-British
 -Jepun juga melalui Doro Nawa telah berjaya menyebarkan dakyah anti-British dalam kalangan askar-askar India yang berkhidmat dengan pasukan British di Tanah Melayu untuk meninggalkan perkhidmatan mereka.
-Ibrahim Hj Yaakob-
-Jepun telah berjaya menarik orang India yang berkhidmat dengan  British untuk bekerjasama dengan Jepun buktinya pasukan yang dikenali sebagai Indian National Army (INA) telah membantu Jepun.
-Jepun berjanji untuk membebaskan India daripada penjajahan British.
-Pihak Jepun juga berjaya mempengaruhi penduduk tempatan seperti golongan nasionalis radikal daripada Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawa pimpinan Ibrahim Hj. Yaakob.
- Hal ini memudahkan penguasan Jepun di Tanah Melayu berjalan dengan lancar.


 5. Kelengkapan Senjata Perang Jepun
 -Tentera Jepun telah memperkuatkan serangannya dari segi laut, udara dan darat.  
-Angkatan udara Jepun telah mengambil kira jarak dan sasaran, dari pengkalan-pengkalan baru mereka di Indo-China seterusnya telah menggunakan kapal terbang pejuang yang dianggap lebih moden daripada pihak British.
-Bantuan perlindungan rapat kepada pesawat-pesawat pengangkut dan logistik.
-Dibantu dengan tembakan meriam daripada kapal-kapal pemusnah Jepun yang berlabuh dekat pantai untuk melemahkan pertahanan utama British di sekitar landasan kapal terbang Pengkalan Chepa.
-Kekuatan tentera Jepun diperkuat sepenuhnya dengan persenjataan, kelengkapan, bekalan peluru, makanan dan ubat-ubatan.

 6.Kelemahan Tentera British
 -Kelemahan tentera British dan kekurangan kelengkapan senjata perang juga menjadi faktor kekalahan British di tangan Jepun.
-Pasukan tentera British yang dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura kurang terlatih dan  tiada berpengalaman.
-Mereka juga bukan berasal dari kalangan satu bangsa atau terdiri daripada orang tempatan oleh itu mereka tidak mempunyai semangat cintakan tanah air.
-Kelewatan tentera bantuan dari London dan India juga merumitkan lagi keadaan kerana British mengalami masalah kewangan.
-Kekurangan kelengkapan senjata perang juga memudahkan Jepun untuk menewaskan British.


7.Kekurangan kelengkapan senjata.
 -Pihak British hanya bergantung kepada dua buah kapal perangnya iaitu kapal Prince of Wales dan Repulse untuk menjaga perairan  Tanah Melayu.
-Kapal Perang Prince Of Wales-
- Pengkalan laut di Singapura hanya disiapkan pada tahun 1938 dan tidak digunakan sepenuhnya kerana tidak ada kapal laut yang dihantar oleh kerajaan British.
- Pihak Jepun telah berjaya menenggelamkan kedua-dua kapal tersebut, tentera Jepun mengusai sepenuhnya kawalan sekitar perairan Tanah Melayu.                                 
-Ruang udara Tanah Melayu dikawal oleh beberapa ratus pesawat udara sahaja dan tidak begitu baik jika dibandingkan dengan kemampuan kapal terbang Jepun.
- Kekuatan pertahanan British juga hanya bergantung kepada tiga pasukan tentera iaitu Pasukan ke-8, Pasukan ke-9  (Australia) dan Pasukan ke-11 (India) dengan jumlah tentera seramai 89 000 orang berbanding dengan tentera Jepun seramai 150 000 orang.

 8.Strategi Peperangan Yang Tidak Dijangka.

 -Pihak British juga kalah di tangan Jepun disebabkan mereka kurang bersedia. Pihak British menyangka Jepun akan  memulakan serangan dari arah selatan  (Singapura) kerana pusat pentadbiran British terletak di situ.

-Sebaliknya, Jepun memulakan serangan dari arah utara (Kelantan) dan menakluk negeri-negeri Melayu satu demi satu.

- Semua meriam dan senapang British telah dihalakan ke laut.

- Kemaraan Jepun dari utara sememangnya di luar jangkaan British.





 9. Semangat Juang yang Tinggi

 - Moral dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan tentera Jepun.
-Pihak Jepun bukan sahaja memiliki kekuatan dari segi bilangan tetapi mereka sangat terlatih dan mempunyai semangat juang dan disiplin yang tinggi.

  -Tentera Jepun semasa di Tanah Melayu-

12 comments: