PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Jepun memerintah Tanah Melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan matlamat utamanya:
Memulihkan keadaan awam
Jepun ingin memulihkan keadaan masyarakat tempatan yang didakwanya sebelum ini huru-hara atau tidak aman ekonomi penentangan terhadap pemerintah Barat.
Mereka ingin mewujudkan pemerintahan 'Asia untuk Orang Asia'.
Memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu
Jepun ingin menggunakan hasil ekonomi untuk:
membantu masalah ekonomi yang sedang melanda Jepun pada waktu itu
menanggung pembiayaan tentera-tenteranya di Tanah Melayu dan jajahan yang lain.
Pembiayaan adalah dalam bentuk senjata,makanan dan kemudahan ketenteraan.
Antara corak pentadbiran ketenteraan Jepun di Tanah Melayu adalah seperti berikut:
1.Pentadbiran Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru bertanggungjawab kepada Ketua Agung Tentera(Pengarah Agung),kawasan ketujuh di Singapura.
2.Setiap negeri pula diketuai oleh seorang Gabenor Jepun atau Syuchokan yang dibantu oleh Majlis Wilayah(Penasihat) yang kecil orang Melayu turut menganggotai majlis ini,manakala sebilangan besar dianggotai oleh tentera Jepun sendiri.
3.Singapura yang dikenali sebagai Syonan ditadbir bersama dengan Malai Baru dan Sumatera.
4.Negeri-negeri Melayu Utara yang terdiri daripada Kelantan,Terangganu,Perlis dan Kedah diserahkan kepada Negara Thai pada bulan Ogos 1943
nice info
ReplyDelete