Tuesday 29 September 2015

KESAN-KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU


KESAN-KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

1. Kesan Ekonomi Pendudukan Jepun

-Matlamat Jepun untuk menguasai Tanah Melayu ialah untuk mengesploitasi bahan-bahan mentah dan meluaskan pasaran.Hasrat ini tidak tercapai kerana perang yang berlarutan dan terpaksa menghadapi sekatan ekonomi Barat.

-Jalan perhubungan darat banyak yang musnah kerana semasa British berundur, mereka mengamalkan dasar bumi hangus. Banyak lombong dan peralatan dimusnahkan. Semasa pendudukan Jepun, Tanah Melayu menghadapi tekanan ekonomi.Inflasi meningkat kerana Jepun mencetak wang tanpa kawalan. 65 juta wang diedarkan dalam masa dua bulan dan 285 juta wang kertas diedarkan sehingga Februari 1943.

-Jepun juga cuba memonopoli ekonomi Tanah Melayu. Permit-permit perniagaan dikeluarkan oleh pentadbiran tentera bagi memastikan syarikat-syarikat Jepun diberi layanan istimewa.


2. Kesan Sosial Pendudukan Jepun


-Kesihatan rakyat Tanah Melayu terjejas akibat terdedah kepada pelbagai penyakit dan pemakanan yang tidak sempurna.

-Mereka mudah dijangkiti penyakit seperti beri-beri dan bengkak kerana terlalu banyak makan ubi kayu dan kurang makan daging. Jumlah kematian meningkat secara mendadak. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila bekalan ubatan tidak lagi dihantar ke klinik-klinik tetapi digunakan untuk keperluan Jepun.

-Jepun juga menutup kelas Inggeris dan memberi tumpuan kepada pembelajaran bahasa Jepun.

-Lagu kebangsaan Jepun iaitu KIMIGAYO telah diajar kepada murid-murid sekolah. Jepun juga memperkenalakan penggunaan bahasa Jepun ( NIPPON-GO ) bagi menggantikan Bahasa Inggeris.

-Contohnya ENCIK ALI ~ ALI SAN




3. Kesan Politik Pendudukan Jepun. 

-Jepun tidak lagi menggalakkan perkembangan nasionalisme kerana ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahannya.

-Parti politik seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) terpaksa dibubarkan.

-Nasionalis Melayu digalakkan menubuhkan KRIS atau Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung atau Kekuatan Rakyat Istimewa.

-Pendudukan Jepun juga telah memberikan pengalaman dan peluang dalam bidang pentadbiran terhadap orang-orang Melayu.









9 comments:

  1. Apakah pandangan anda tentang galakan belajar nippon go

    ReplyDelete
  2. who elses coming here for kajian kes hshs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pls read it carefully... You will noticed that the title is more suitable to Pendudukan jepun di tanah melayu than Kesan-kesan.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. never felt so exposed by these comments ahahhaha kajian kes geng wya?

    ReplyDelete